|
Pengenalan
QueenAlice.com ialah komuniti pemain catur yang mesra untuk semua peringkat dan umur. Bermain catur di QueenAlice.com ialah cara terbaik untuk meningkatkan mutu permainan anda dan berseronok tanpa banyak membuang masa anda.
Cara permainan catur yang dimain sini dipanggil catur correspondence, kadangkala juga dipanggil turn based. Ini ialah bagaimana ia berfungsi:
- Jika anda adalah baru kepada site ini, daftar dengan memilih nama pengguna dan membekalkan alamat email yang sah dimana kami boleh memberitahu anda apabila ia giliran anda untuk bergerak dalam permainan. Alamat email anda tidak akan diberikan kepada pemain lain untuk melindungi privasi anda.
- Mulakan permainan dengan mencabar pemain lain atau dengan mengiklankan permainan terbuka yang boleh disertai oleh mana-mana pemain lain.
- Jika anda bermain sebagai putih, buat pergerakan pertama anda terus melalui browser web anda (generasi terbaru browser dengan javascript adalah diperlukan). Pemain lawan akan diberitahu melalui email apabila ia adalah gilirannya untuk bergerak.
- Anda sekarang boleh meninggalkan site ini, mahupun menutup komputer anda, kerana keadaan permainan adalah tersimpan dengan selamat di sever kami. Apabila pemain lawan membuat pergerakan, anda akan menerima email pemberitahuan yang memaklumkan bahawa ia adalah giliran anda untuk bergerak lagi.
Seperti yang anda telah sedar sekarang, permainan yang dimain dibawah keadaan ini hanya memerlukan masa yang sedikit daripada pemain kerana ia boleh dimain selama beberapa hari atau juga berminggu. Setiap pemain boleh bermain sebanyak mana permainan yang dimahukan secara serentak.
Sistem Keperluan
Untuk bermain catur di QueenAlice.com anda memerlukan sambungan internet (dialup, cable modem, DSL, sebagainya.), generasi terbaru browser web dengan sokongan javascript dan alamat email yang sah. Browser dibawah telah dipastikan dapat berfungsi dengan betul:
- Internet Explorer 6.0
- Netscape 7.0
- Mozilla 1.6
- Opera 7.5
- Safari 1.2
Tanggungjawab Anda Sebagai Pemain
- Anda diharapkan untuk berlaku sopan santun terhadap pemain lawan dan pengguna site yang lain. Pemain yang menggunakan bahasa kesat atau kata cacian atau suka mengganggu akan diharamkan (tidak dibenarkan masuk) daripada site ini.
- Anda tidak boleh menggunakan komputer atau program komputer untuk menaksir atau menganalisis permainan. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan komputer untuk menyimpan rekod. Anda juga dibenarkan untuk merujuk buku-buku catur dan pangkalan data pembukaan.
Kawalan Masa
Semua permainan yang dimainkan di QueenAlice.com adalah dibawah kawalan masa. Jenis kawalan masa yang digunakan dalam permainan ditentukan oleh pemain apabila permainan dibuat. Ada dua jenis utama kawalan masa yang tersedia:
- Per gerak: Setiap pemain diberikan pantulan masa maksima per gerak. Selepas pergerakan dibuat jam permainan akan bermula dari awal dan diberikan kepada pihak lawan untuk gerakan seterusnya. Jenis kawalan masa ini dapat memastikan yang permainan berjalan dengan lancar.
Pilihan: 1, 3, 7 dan 14 hari per gerak.
- Per permainan: Setiap pemain diberikan pantulan masa maksima untuk seluruh permainan. Jenis kawalan masa ini adalah bagus untuk permainan yang memerlukan tarikh tamat yang diketahui.
Pilihan: 10, 30, 60 dan 90 hari per permainan per pemain.
Masa Percutian
Semua ahli QueenAlice.com mempunyai jumlah hari percutian per tahun yang boleh mereka gunakan apabila mereka pergi daripada site untuk jangka masa yang lama. Apabila ahli menjadualkan masa percutian, sistem akan menambah masa itu ke jam dalam semua permainan yang berlangsung. Pemain yang dalam percutian dibenarkan untuk menyambung ke site dan membuat pergerakan jika mereka mahukannya. Dalam situasi ini masa percutian yang tinggal ketika pergerakan dibuat akan dimasukan ke gerakan seterusnya
Ratings
Kiraan sistem ratings untuk semua pemain adalah berdasarkan keputusan permainan yang dimain. Ratings memberikan cara untuk pemain mencari lawan yang sama kuat.
Ratings untuk kedua pemain permainan adalah dikemaskinikan sebaik sahaja permainan tamat. Berikut adalah beberapa penjelasan tentang bagaimana sistem rating berfungsi:
Rating Sementara
Ketika 25 permainan pertama dimain oleh pemain, kami cuba untuk menentukan kekuatan permainan. Ia adalah penting untuk mengetahui yang rating sementara selalunya turun naik dengan perbezaan yang besar dan juga kemenangan tidak memastikan yang rating akan naik, sementara kekalahan tidak memastikan yang rating akan turun.
Rating untuk pemain sementara dikira sebagai purata rating sementara yang didapatkan daripada setiap permainan individu. Rating sementara untuk pemain didalam permainan individu adalah dikira seperti berikut:
- Jika kedua pemain adalah tanpa rating, pemenang mendapat 1500 mata dan 1100 untuk yang kalah. Jika permainan berakhir dengan seri maka kedua pemain mendapat 1300 mata.
- Rating untuk pemain yang menang ialah rating pemain lawan ditambah 400 mata, atau 1500 mata jika pemain lawan tidak mempunyai rating (kecuali peraturan istimewa dibawah digunakan).
- Rating untuk pemain yang kalah ialah rating pemain lawan ditolak 400 mata, atau 1100 mata jika pemain lawan tidak mempunyai rating (kecuali peraturan istimewa dibawah digunakan).
- Jika permainan berakhir dengan seri, pemain akan mendapat rating pemain lawan, atau 1300 mata jika pemain lawan tidak mempunyai rating.
- Peraturan istimewa: jika pemain lawan mempunyai rating 400 atau lebih mata kebawah atau 400 atau lebih mata keatas, maka rating tidak akan berubah tidak kira apa keputusannya.
Rating Terbukti
Untuk pemain yang menyempurnakan 25 atau lebih permainan, rating mereka akan dikira berdasarkan formula berikut:
| rating baru = rating lama + 0.04 * (perbezaan rating) + 16 | (untuk pemenang) |
| rating baru = rating lama + 0.04 * (perbezaan rating) - 16 | (untuk yang kalah) |
| rating baru = rating lama + 0.04 * (perbezaan rating) | (jika seri) |
Pemain Tanpa Rating
Pemain tanpa rating akan memperolehi rating sementara sebaik sahaja mereka menyelesaikan permainan pertama mereka. Sebelum itu rating mereka akan muncul sebagai 'Tanpa Rating'.
Rating Yang Dilindungi
Pemain dengan rating terbukti akan mempunyai rating mereka dilindungi apabila bermain dengan pemain tanpa rating atau sementara. Rating yang dilindungi boleh menahan atau naik, tetapi tidak turun, walaupun apabila pemain itu kalah permainan. Kami membuat perlindungan rating kerana kami mahu mendorong ahli kami untuk bermain dengan pendatang baru dan menolong mereka membuktikan rating mereka tanpa memberikan risiko kepada diri sendiri.
Untuk informasi lebih lanjut...
Ada beberapa kes istimewa dan pengecualian yang digunakan apabila rating pemain menemui syarat tertentu. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pengiraan rating, sila kunjungi halaman United States Chess Federation Correspondence Chess Ratings.
Pertandingan
Permainan pertandingan adalah hampir sama dengan permainan perseorangan. Perbezaannya adalah:
- Pasangan pemain didalam pertandingan adalah ditentukan oleh server, pemain tidak boleh memilih untuk bermain dengan siapa.
- Permainan pertandingan tidak boleh dibuang, ia selalunya mesti memberikan keputusan. Jika permainan ditinggalkan oleh kedua pemain, pentadbir akan menuntut permainan untuk pemain yang menang sejurus selepas masa permainan tamat.
- Semua permainan didalam pertandingan mempunyai kawalan masa yang sama.
- Rating pemain dikira dengan cara yang sama dengan permainan perseorangan.
Pertandingan Pusingan Kembar Robin
Didalam pertandingan Pusingan Kembar Robin setiap peserta bermain dua permainan melawan setiap pemain didalam kumpulan dengan warna yang berbeza. Sebagai contoh, didalam pertandingan dengan saiz kumpulan 4 peserta, pemain akan bermain sebanyak 6 permainan serentak (beberapa kumpulan mungkin mempunyai lebih sedikit pemain daripada saiz kumpulan berdasarkan jumlah pemain didalam pertandingan).
Untuk setiap permainan, server akan mengira markah untuk semua pemain, untuk tidak keliru dengan rating umum pemain yang dijelaskan di seksyen sebelumnya. Markah pertandingan untuk setiap pemain dikira dengan cara berikut: 2 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah.
Selepas semua permainan didalam pusingan selesai, pemain dengan markah tertinggi didalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan seterusnya. Jika dua atau lebih pemain mempunyai markah tertinggi didalam kumpulan, maka semua masuk ke pusingan seterusnya.
Pusingan terakhir pertandingan adalah yang mana jumlah pemain ialah sama atau lebih sedikit daripada saiz kumpulan, bererti semua pemain akan bertanding didalam satu kumpulan.
Pertandingan Sistem Swiss
Pertandingan Sistem Swiss boleh menampung jumlah pemain yang banyak didalam masa yang sedikit. Untuk setiap pusingan, sistem akan membahagikan peserta kedalam kumpulan berdasarkan markah terkini mereka dan akan mencuba sebaik mungkin untuk memasangkan pemain daripada markah kumpulan yang sama. Untuk pusingan pertama, semua peserta dianggap berada didalam satu kumpulan.
Beberapa ciri-ciri istimewa pertandingan Swiss adalah:
- Selalunya setiap pemain akan bermain satu permainan per pusingan.
- Tiada sesiapa disingkirkan, semua pemain bermain sehingga tamat pertandingan (ada beberapa pengecualian disenaraikan dibawah).
- Pemain akan menemui lawan yang seimbang dalam setiap pusingan.
Sama seperti pertandingan Pusingan Kembar Robin, menang bernilai 2 mata, seri bernilai 1 mata, dan tiada mata diberikan untuk kekalahan. Mata yang diperolehi akan dikumpulkan daripada pusingan ke pusingan.
Server secara automatik akan melakukan pemasangan secara rawak sambil memerhatikan peraturan berikut:
- Tiada pemain akan menemui lawan yang sama lebih dari sekali didalam pertandingan.
- Tiada pemain akan mendapat tiada lawan lebih dari sekali didalam pertandingan.
- Bila-bila saja ada kemungkinan pemain akan dipasangkan dengan pemain lawan daripada markah kumpulan yang sama.
- Bila-bila saja ada kemungkinan pemain akan ditentukan dengan warna yang berbeza dalam turutan pusingan.
- Tiada pemain akan ditentukan dengan warna yang sama lebih dari 3 kali berturut-turut.
- Jika jumlah peserta adalah ganjil, sistem secara rawak akan memilih pemain dari markah kumpulan terendah dan memberikannya tiada lawan untuk pusingan itu. Pemain itu tidak akan bermain didalam pusingan dan akan diberikan 1 mata.
- Pemain yang kalah dalam permainan kerana gagal membuat pergerakan sebelum masa tamat akan disingkirkan dan tidak akan menyertai didalam pusingan yang tinggal didalam pertandingan.
Selepas semua permainan didalam pusingan terakhir selesai, pemain dengan markah tertinggi adalah pemenangnya.
Tie-Breaks
Apabila dua atau lebih pemain memperolehi markah sama didalam pusingan terakhir pertandingan, cara tie-break berikut akan dikenakan dalam turutan:
- Rating: Pemain dengan rating tertinggi akan menjadi pemenang.
- Rawak: Pemain secara rawak akan menjadi pemenang.
Bahasa
QueenAlice.com mengalu-alukan ahli daripada semua kawasan di muka bumi, tanpa menghiraukan bahasa asal mereka. Untuk sebab itu kami gembira menawarkan site ini dalam bahasa lain selain Inggeris.
Ia adalah penting untuk mengetahui yang beberapa penterjemahan tidak siap sepenuhnya, maka anda mungkin mendapat bahagian-bahagian site yang berbahasa Inggeris walaupun anda memilih bahasa yang berbeza.
Kami selalu mencari ahli-ahli yang berminat dalam menterjemahkan site ke bahasa baru, atau mahupun logat sesebuah kawasan yang wujud, jadi rasa senang untuk menghubungi kami jika anda mahu menjadi salah seorang daripada penterjemah kami. Ini ialah senarai bahasa-bahasa yang tersedia pada masa ini:
| Bahasa | Kod | Penterjemah | Komen |
| English | en | miguel | |
| Español (Spanish) | es | miguel | |
| Deutsch (German) | de | Lounge7 | |
| Íslenska (Icelandic) | is | Winclick | |
| Català (Catalan) | ca | Gand | |
| Français (French) | fr | RobertD | Translation is almost complete. Some help pages are still in English. |
| Português (Portuguese) | pt | jbliborio | |
| Nederlands (Dutch) | nl | SalsaQueen | |
| Româna (Romanian) | ro | Adclaran | Translation is under way, only the main page, the menus and small areas of the site are currently translated. |
| русском (Russian) | ru | Artem | Translation is almost complete. Some of the help pages are still in English. |
| Galego (Galician) | gl | toxoq | |
| Italiano (Italian) | it | tango | |
| Bahasa Malaysia (Malay) | ms | PGeon | |
| Polski (Polish) | pl | Mekk | |
| українська (Ukranian) | uk | Bodia | |
Server kami akan mengesan setting bahasa web browser anda dan akan cuba untuk memberikan anda penterjemahan paling bagus, dengan syarat bahasa itu sudah tersedia. Jika tiada penterjemahan dijumpai, atau setting bahasa browser anda tidak ditentukan, maka site versi Inggeris akan dipaparkan.
Setelah anda menjadi ahli, anda boleh memilih bahasa yang anda mahukan di halaman Informasi Sendiri.
Rahsia Peribadi
QueenAlice.com tidak menyewa, menjual, atau meminjamkan alamat email ahli-ahlinya. Para ahli boleh menentukan bagaimana alamat email mereka digunakan oleh sistem di halaman Pilihan Email.
Pengguna site mempunyai pilihan untuk memasukan data sendiri seperti nama, umur dan negeri asal. Memasukan informasi ini adalah pilihan sepenuhnya. QueenAlice.com menggunakan informasi ini untuk kegunaan menjejak untuk membantu ahli-ahlinya mencari lawan yang mempunyai kesamaan dengan mereka.
Pengakuan
Nama Queen Alice ialah diinspirasikan daripada buku Through the Looking Glass by Lewis Carroll. Lukisan Alice yang muncul di semua halaman site adalah diambil daripada lukisan asal oleh John Tenniel untuk buku itu.
Gambar buah-buah catur yang digunakan di papan catur adalah dihasilkan daripada Chess Alpha gaya tulisan oleh Eric Bentzen.
Cara pengiraan rating yang digunakan untuk mengira rating pemain QueenAlice.com adalah berdasarkan cara yang digunakan oleh United States Chess Federation for correspondence chess seperti yang dijelaskan. here.
JavaScript Coder Form Validator script digunakan dalam beberapa bahagian site ini.
|